|
UTAMA |
| |
|
|
PERIHAL PPD |
| |
|
SEKTOR & UNIT |
| |
|
SEKOLAH  |
| |
|
KOMUNITI |
| |
|
MUAT TURUN |
| |
|
PAUTAN |
| |
|
FORUM |
|
|
|
TIADA AKTIVITI YANG DILAPORKAN SETAKAT INI
|
|
Bilangan Pelawat Sehingga Kini
|
|  |
SELAMAT DATANG KE WEB PPD KLANG
Salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web ini. Kami warga PPD Klang mengucapkan selamat bercuti kepada pelajar dan warga guru Daerah Klang. Berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran .
Wassalam. Sebarang persoalan atau kemusykilan boleh diajukan melalui : mail@ppdklg.gov.my atau aduan@ppdklg.gov.myTerima kasih, Webmaster. TEL PPD : 603-33487100 / FAX : 603-33412043 |
|
|
MAKLUMAT BEKALAN PERALATAN PPSMI FASA I DAN FASA II
|
|
Adalah dimaklumkan Bahagian Perolehan dan Aset, KPM memerlukan maklumat data peralatan ICT Program PPSMI Fasa I dan Fasa II bagi tujuan penggantian / pertambahan. Sila muat turun borang Lampiran B1 dan B2 untuk tindakan tuan. Sila kembalikan borang yang telah dilengkapkan ke Unit Pembangunan & Bekalan PPD Klang sebelum 21 November 2008. Sila sertakan salinan soft copy (Disket). Untuk makluman, Soft copy juga boleh dihantar melalui email ke mail@ppdklg.gov.my . Sekian, terima kasih. Unit Pembangunan & Bekalan b/p PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, November 18 @ 09:15:36 MYT (38 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
PERTUKARAN GURU DALAM DAERAH & RAYUAN MURID TAHUN 1
|
|
Salam sejahtera semua.. Makluman kepada guru-guru yang memohon pertukaran Dalam Daerah serta Rayuan Murid Tahun 1, untuk Januari 2009 sahaja yang sudah boleh menyemak keputusan masing-masing bermula hari ini. SEMAKAN PERTUKARAN GURU DALAM DAERAH & RAYUAN TAHUN 1 2009Walaubagaimana pun Pertukaran Guru Antara Daerah dan Rayuan Tingkatan Satu masih belum boleh disemak. Segala kesulitan amat dikesali. Makluman mengenai keputusan tersebut akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, dan kepada yang tidak berjaya boleh membuat rayuan ke PPD Klang. Sila sertakan salinan keputusan pertukaran bersama borang rayuan. Borang rayuan akan dihantar ke sekolah masing-masing melalui email sekolah yang didaftarkan sebelum ini. Sila rujuk kepada guru yang menguruskan email sekolah. Sebarang persoalan boleh diajukan ke PPD Klang, Unit Pengurusan Sekolah. Sekian, terima kasih. b/p PPD Klang.
|
Posted by
ppdklg on Thursday, November 13 @ 00:35:32 MYT (172 reads)
(Read More... | Score: 5)
|
|
|
MAKLUMAT TERKINI PERTUKARAN GURU JANUARI 2009
|
|
Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan tahniah kepada semua Warga Guru PPD Klang yang berjaya pindah keluar Negeri melalui e-GTukar ( Semakan pada 7 Nov. 2008 ) Makluman kepada semua pemohon yang tidak bejaya boleh membuat permohonan melalui e-GTukar itu juga bermula pada tarikh 7 Nov.
Kepada pemohon dalam negeri (Antara Daerah) Keputusan boleh disemak di laman web ini. Tetapi kami akan memaklumkan kemudian tarikh semakan tersebut. Sila layari laman ini dari masa ke semasa. Untuk pemohon dalam Daerah Klang, keputusan boleh disemak di laman web ini bermula pada 13 Nov 2008 (Khamis).
|
Posted by
ppdklg on Monday, November 10 @ 17:25:27 MYT (314 reads)
(Read More... | 1327 bytes more | Score: 1)
|
|
|
KEY IN RAYUAN TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1 SUDAH BOLEH DI AKSES SEMULA
|
|
Makluman kepada semua sekolah rendah daerah klang. Pihak sekolah masih boleh memasukkan data murid untuk rayuan ke Tahun 1 dan Tingkatan 1 ke sistem Semakan Rayuan Penempatan Tahun 1 dan Tingkatan 1. Untuk makluman tuan / puan sistem tersebut telah boleh dilayari. Pihak sekolah yang masih belum memasukkan butiran murid , boleh berbuat demikian dengan kadar segera, sebelum proses semakan oleh ibu bapa bermula. Klik sini untuk mengakses >>
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Unit ICT & Data, PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Friday, October 24 @ 10:10:41 MYT (109 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
|
|
PENGGANTIAN / PERTAMBAHAN PERALATAN ICT BAGI PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) FASA 1 DAN II - Data Penggantian Peralatan
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada surat daripada Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia ruj. KP(BPPA)(S)700-3/0205/0304/01 Jld. 2(40) bertarikh 10 Oktober 2008 berhubung dengan perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa, berdasarkan kepada makluman di dalam Mesyuarat Penggantian / Pertambahan Peralatan ICT Bagi Program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Fasa I dan II yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) pada 26 September 2008, pihak Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki mengemukakan maklumat data penggantian peralatan ICT bagi Program PPSMI Fasa 1 dan Fasa II.
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, October 21 @ 17:48:03 MYT (91 reads)
(Read More... | 3180 bytes more | Score: 0)
|
|
|
LAPORAN PEMANTAUAN PEMBEKALAN PERALATAN PPSMI
|
|
Makluman kepada Pengetua & Guru Besar Daerah Klang. Merujuk kepada Surat JPNS/SPB/BEK/A25094/03/31/Jld.4 (5). Laporan pemantauan pembekalan peralatan PPSMI Fasa VI. Laporan lengkap hendaklah dihantar ke PPD Klang pada setiap akhir bulan (tiap-tiap bulan). Untuk Perhatian Unit Pengurusan Pembangunan & Bekalan. Laporan hendaklah menggunakan borang yang telah diedarkan ke sekolah sebelum ini. Muat turun jika tiada. Klik sini untuk muat turun >>.Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Pembangunan & Bekalan PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Wednesday, September 24 @ 09:46:59 MYT (74 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
RAYUAN PENEMPATAN PELAJAR TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1
|
|
Makluman kepada semua Sekolah Rendah Daerah Klang. Pihak PPD Klang akan melaksanakan sistem Rayuan dan Semakan Penempatan secara atas talian (online) untuk sesi kemasukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 Januari 2009.
Sehubungan dengan perkara ini, pihak sekolah dikehendaki memastikan semua borang permohonan rayuan MESTI melalui sekolah asal (semasa darjah 6) / penempatan asal ( Tahun 1 ). Satu taklimat akan diadakan dalam tempoh terdekat. Pihak sekolah diminta agar tidak menghantar borang-borang rayuan ke PPD sebelum taklimat itu dijalankan.
Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada En. Shamsudin Katan ditalian 03-33487100.
Pengurusan Sekolah, PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Thursday, August 07 @ 10:03:15 MYT (276 reads)
(Read More... | Score: 2.5)
|
|
|
WEB TV KEMENTERIAN PELAJARAN
|
|
Makluman kepada semua Warga pendidik Daerah Klang khususnya guru-guru dan pelajar. Kementerian Pelajaran telah melancarkan WEB TV (EDUWEBTV) sebagai langkah mempertingkatkan aktiviti P&P melalui online dan terus kepada para guru dan pelajar. Pelbagai rancangan TV Pendidikan ada disediakan serta pelbagai video P&P, Ucapan, Acara, Majlis dan sebagainya yang boleh ditonton secara online atau dimuat turun. Sila klik ke EDUWEBTV atau melalui komuniti.
|
|
BORANG PENDAFTARAN KRS (TERKINI)
|
|
Makluman kepada semua Guru-guru KRS yang ingin membuat pendaftaran, Sila Muat Turun BORANG tersebut dipautan ini BORANG PENDAFTARAN KRS Sila emailkan borang yang telah lengkap ke krsklang@yahoo.com.my . Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada pegawai KRS Daerah. Sekian terima kasih. Terima kasih KRS PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Friday, November 02 @ 21:38:02 MYT (146 reads)
(Read More... | Score: 5)
|
|
|  |
|
Tn. Hj. Mahmud b Karim Pegawai PPD Klang
Komentar Bulan NOVEMBER Pegawai PPD Klang (klik gambar)
|
|
MINGGU INI 01 Dis ~ 05 Dis 2008
CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2008 Bermula 17 Nov 2008 hingga 3 Januari 2009 ( SELAMAT BERCUTI )
MINGGU HADAPAN 08 Dis ~ 12 Dis 2008
TIADA MAKLUMAT SETAKAT INI
Ruangan ini akan di kemaskini dalam tempoh terdekat. Harap maaf atas kesulitan.
|
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA DALAM UPSR.
SIIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) 2008 ( TING. LIMA ) Ujian Bertulis : 12 November - 6 Disember 2008
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2008 Ujian Bertulis 20 - 22 Oktober 2008 28 - 29 Oktober 2008
|
PIALA PENGARAH 2008 29 ~ 30 Disember 2008 Sabak Bernam, Selangor
|
RENEW ROADTAX? Kini secara Online .. www.myeg.com.my
MENCARI NOTEBOOK / LAPTOP Informasi dan promosi laptops Klik di sini >> notebook
INGIN MEMBINA LAMAN WEB UNTUK SEKOLAH ? Sila hubungi talian 012-6250216 atau email ke mazlan_pk1@yahoo.com (Cikgu Mazlan Sidek )
CATATAN : INGIN MEMAKLUMKAN SESUATU KEPADA GURU-GURU ? IKLANKAN DI SINI. LEBIH 4000 PENGUNJUNG SEBULAN. Kepada guru-guru yang ingin mengiklan sesuatu untuk guru-guru lain. Boleh menghantar email kepada iklan@ppdklg.gov.my. Iklan yang bersesuaian dengan keperluan guru-guru dan murid sahaja akan disiarkan
|
|