|
UTAMA |
| |
|
|
PERIHAL PPD |
| |
|
SUB UNIT  |
| |
|
SEKOLAH |
| |
|
PAUTAN |
| |
|
MUAT TURUN |
| |
|
ALBUM |
|
|
EMIS ONLINESILA KEMASKINI KEDUDUKAN GURU DAN BILANGAN MURID SEPERTI YANG TERKINI ADA DI SEKOLAH. KEMASUKAN DAN PERTUKARAN GURU & PELAJAR ADALAH BERDASARKAN BILANGAN YANG ADA DALAM EMIS.  MOHON KERJASAMA PK1 SM & SR UNTUK MEMBUAT PENGEMASKINIAN DATA MAKLUMAT GURU DAN KEPADA PENGETUA & GURU BESAR MOHON MEMBUAT PERAKUAN DATA YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH GPK1.
|
|
Bilangan Pelawat Sehingga Kini
|
|  |
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PPD KLANG
SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DAERAH KLANG Sebarang persoalan atau kemusykilan boleh diajukan melalui : mail@ppdklg.gov.my atau aduan@ppdklg.gov.my Terima kasih, Webmaster. TEL PPD : 603-33487100 / FAX : 603-33412043 |
|
|
PENYELENGGARAAN PERALATAN PPSMI FASA VI
|
|
Salam 1Malaysia,
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Klang
Untuk makluman tuan, bahawa kerja-kerja “Preventive Maintenance” (PM) yang ke-4 untuk PPSMI Fasa VI akan dilaksanakan oleh syarikat dari KUB Telekomunikasi (M) Sdn. Bhd. Syarikat yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut bagi daerah Klang ialah syarikat Bayutronik Sdn. Bhd. Kerja-kerja selenggaraan ini bermula pada 2 Ogos 2010 hingga 29 Oktober 2010.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap dapat memastikan juruteknik yang bertugas membawa surat kuasa dari pihak syarikat sebagai surat pengenalan diri dan bukti pentauliahan semasa menjalankan kerja-kerja PM. Pihak tuan juga disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu dokumen berkenaan bagi mengelakkan kejadian seperti kes-kes penyamaran atau kecurian di sekolah.
Berikut ialah surat-surat yang berkaitan perkara ini 1. PPDK/PPB/PEB/03/01/014 Jld.2( 9 )
Unit Pembangunan & Bekalan PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Thursday, September 02 @ 14:31:29 MYT (6 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
UJIAN KELAYAKAN KEM KECEMERLANGAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 2010
|
|
Salam 1 Malaysia Guru Besar-Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Klang
Dimaklumkan bahawa Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Sains dan Matematik akan diadakan serentak bagi seluruh negeri Selangor pada 8 September 2010 . Surat makluman mengenainya yang dikeluarkan oleh PPD Klang boleh diperolehi melalui lelohong merpati (pegion hole) sekolah masing-masing. Segala maklumat mengenai ujian kelayakan tersebut boleh muat turun melalui pautan di bawah.
1. Surat Makluman Ujian Kelayakan Kem Kecemerlangan Sains 2. Soalan Ujian Kelayakan Matematik 3. Soalan Ujian Kelayakan Sains
Sekian Terima Kasih.
Unit Kokurikulum Akademik PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Thursday, September 02 @ 11:15:58 MYT (7 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
STATUS TUGAS PK MENGAWAL LALULINTAS DI LUAR SEKOLAH
|
|
Salam 1Malaysia,
Kepada
Pengetua/Guru Besar
Sekolah daerah Klang
Tuan,
Adalah dimaklumkan bahawa tugas mengawal lalu lintas ketika murid melintas di luar kawasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan bagi Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu pihak tuan diharap dapat merujuk surat-surat siaran yang berkaitan melalui pautan di bawah. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Surat-surat yang berkaitan untuk rujukan tuan:
1. PPDK/PPB/PEB/03/02/009 JLD 5 (67) bertarikh 30-8-2010
2. JPNS.PPA 400-8/1/2(20) bertarikh 18-8-2010
3. KP (BPPA)600-1/1/4 Jld 4(16) bertarikh 22-7-2010
Unit Pembangunan dan Bekalan
PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Wednesday, September 01 @ 16:49:20 MYT (10 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
PERTANDINGAN e-PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010
|
|
Salam 1Malaysia Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Klang PERTANDINGAN e-PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010
Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPS akan mengadakan pertandingan diatas pada ketetapan berikut : Tarikh : 19 Oktober 2010 (SK) 21 Oktober 2010 (SM) Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg Tempat : Kolej Komuniti, Shah Alam Pihak sekolah yang ingin menyertai pertandingan hendaklah menghantar CD yang telah siap sebelum atau pada 28 september 2010. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi En Noor Azhar di sambungan 161 Sila muat turun panduan dan syarat pertandingan di bawah. Panduan dan Syarat e-PPDa SelangorSekian, terima kasih. Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Klang
|
|
BORANG BANCIAN KEROSAKAN FIZIKAL
|
|
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
Kepada semua Guru Besar & Pengetua Sekolah-sekolah Bantuan Penuh Daerah Klang
Pihak tuan diharap dapat menggunakan Borang Bancian Kerosakan Fizikal sekiranya ada keperluan baikpulih yang kritikal. Borang tersebut hendaklah dihantar ke PPD Klang bersama-sama gambar kerosakan. Adalah digalakkan gambar-gambar tersebut diserahkan dalam bentuk 'soft copy'.
Sekian harap maklum Unit Pembangunan PPD Klang
#Borang Bancian Kerosakan Fizikal boleh dimuat turun dari masa ke semasa melalui laman muat turun pembangunan
|
Posted by
ppdklg on Thursday, August 26 @ 15:29:00 MYT (33 reads)
(Read More... | Score: 5)
|
|
|
Bayaran Balik kepada Harta Mudah Alih yang hilang
|
|
Salam 1Malaysia,
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Klang
Perkara di atas adalah dirujuk.
Berikut di lampirkan Surat Edaran mengenai Bayaran Balik bagi Kaedah Alternatif kepada Tindakan Surcaj bagi mendapatkan Nilai Harta Mudah Alih (Elektronik) yang hilang dari KPM untuk rujukan pihak sekolah.
Sila muat turun Surat Edaran di bawah.
Bayaran Balik kepada Harta Mudah Alih yang hilang
Sekian, terima kasih.
Unit Perkhidmatan PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, August 24 @ 17:11:06 MYT (14 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
|
|
Salam 1 Malaysia,
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Klang Adalah dimaklumkan bahawa bersama ini dipanjangkan salinan Surat edaran dari KPM berkaitan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bagi Guru Di Bilik Darjah/Di Bilik kuliah Dan SKT Guru kaunselor.
Sila muat turun siaran untuk maklumat lanjut di bawah. Panduan Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan AwamSekian, terima kasih Unit Pengurusan Sekolah PPD KLANG
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, August 24 @ 12:47:09 MYT (27 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
KEBENARAN PEGAWAI MEMEGANG JAWATAN DALAM KESATUAN
|
|
Salam 1Malaysia Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Klang KEBENARAN PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MEMEGANG JAWATAN DALAM KESATUAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. Berikut dilampirkan Surat Siaran berkaitan Kebenaran Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memegang jawatan dalam kesatuan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Setiausaha Negara. Sila muat turun Surat Siaran di bawah untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Kebenaran Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Memegang Jawatan dalam KesatuanSekian, terima kasih. Unit Perkhidmatan PPD Klang
|
|
KEMUDAHAN CUTI HAJI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
|
|
Salam 1Malaysia Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah di Daerah Klang KEMUDAHAN CUTI HAJI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. Bersama-sama ini dilampirkan 1 salinan surat edaran daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai kemudahan Cuti Haji. Sehubungan dengan itu, diminta pihak sekolah untuk mengedarkannya kepada guru-guru di sekolah pihak tuan. Sila muat turun Surat Siaran untuk tindakan tuan. Kemudahan Cuti Haji Bagi Pegawai Perkhidmatan PendidikanSekian, terima kasih. Unit Perkhidmatan PPD Klang
|
|
SURAT PEKELILING MENANGANI BULI
|
|
Salam 1Malaysia Kepada, Semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah-sekolah di Daerah Klang.
Adalah di maklumkan, berikut di lampirkan Surat Pekeliling dari KPM untuk makluman pihak sekolah. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengambil tindakan sewajarnya. Surat Pekeliling boleh dimuat turun di bawah. Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD KLANG
|
|
SEMAKAN DATA EGTUKAR (U.P : GPK 1, GURU BESAR & PENGETUA)
|
|
SILA AMBILPERHATIAN Salam sejahtera. Makluman kepada semua Pengetua, Guru Besar dan GPK1 Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Daerah Klang, PK 1 diminta untuk menyemak dan membuat pembetulan makluman guru-guru di dalam Sistem Online eGTukar. Sila pastikan semua butiran guru telah lengkap dan diisi samada guru tersebut ingin bertukar atau tidak.
Tuan/puan boleh menggunakan username dan password yang telah didaftarkan sebelum ini. Sila baca manual pengguna yang ada dalam sistem eGTukar. Semakan dan pembetulan hendaklah dilakukan dengan kadar segera sebelum 19 Ogos 2010 memandangkan masih ramai GPK1 yang belum menyemak dan membuat tindakan tersebut.
Manakala peranan untuk Pengetua & Guru Besar pula adalah untuk mengesahkan data yang telah dikemaskinikan oleh PK1. Kerjasama pihak tuan/puan dalam menyemak dan membetulkan data guru di dalam EGTukar amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih. Pengurusan Sekolah, PPD Klang
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, August 17 @ 21:31:51 MYT (83 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
Posted by
ppdklg on Tuesday, August 17 @ 12:25:47 MYT (74 reads)
(Read More... | Score: 0)
|
|
|
Prosedur Permohonan SBP 2011
|
|
Makluman kepada semua sekolah.
Prosedur Permohonan SBP 2011 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh di muat turun. Prosedur Permohonan SBP 2011
Sekian Terima Kasih. Unit Pengurusan Sekolah
|
Posted by
ppdklg on Monday, August 16 @ 11:18:17 MYT (696 reads)
(Read More... | Score: 5)
|
|
Salam 1MalaysiaKepada semua Pengetua Sekolah Menengah di Daerah Klang Dengan kerjasama pihak PPD Klang dan Guru Cemerlang berikut di lampirkan Bank Soalan Latih Tubi SPM sebagai rujukan dan panduan guru-guru serta pelajar-pelajar di sekolah pihak tuan/puan sebagai persediaan menghadapi SPM 2010. Sila muat turun soalan-soalan di bawah : 1. SPM Modern Maths 2. SPM_AddMaths 3. SPM_BI 4. SPM_P.Islam
5. SPM_Biology
6. SPM_Physics
7. SBP SPM & PMR
Sekian terima kasih Unit Pengurusan Akademik PPD Klang
|
|
INSTRUMEN PEMANTAUAN ANUGERAH HEM 2010
|
|
MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH INSTRUMEN PEMANTAUAN ANUGERAH HEM BOLEH DIMUAT TURUN DI BAWAH.
INSTRUMEN PEMANTAUAN ANUGERAH HEM
SEKIAN TERIMA KASIH.
UNIT KEMANUSIAAN PPD KLANG
|
|  |
|
PN. HJH. NORAINI MD TAHIR Pegawai PPD Klang
TIADA KOMENTAR SETAKAT INI
|
|
MINGGU INI 9 Ogos ~ 13 Ogos 2010
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN PPD KLANG 2010
TARIKH : 8 OGOS ~ 10 OGOS 2010 TEMPAT : Concorde Inn KLIA, Sepang ANJURAN : UNIT KUALITI PPD KLANG
|
|
Sila rujuk ke Photo Album untuk gambar dan aktiviti bergambar.
|
RENEW ROADTAX? Kini secara Online .. www.myeg.com.my
ADA YANG MENCARI NOTEBOOK / LAPTOP ? Informasi dan promosi laptops Klik di sini >>
INGIN MEMBINA LAMAN WEB UNTUK SEKOLAH ? Sila hubungi talian 012-6250216 atau email ke mazlan_pk1@yahoo.com (Cikgu Mazlan Sidek )
CATATAN : INGIN MEMAKLUMKAN SESUATU KEPADA GURU-GURU ? IKLANKAN DI SINI. LEBIH 10,000 PENGUNJUNG SEBULAN. Kepada guru-guru yang ingin mengiklan sesuatu untuk guru-guru lain. Boleh menghantar email kepada iklan@ppdklg.gov.my. Iklan yang bersesuaian dengan keperluan guru-guru dan murid sahaja akan disiarkan
|
|
Borang GSTT boleh didapati dari laman web ini. Sila ke Muat turun.
Tiada tawaran kekosongan ketika ini, harap maaf.
|
|