Welcome to Pejabat Pelajaran Daerah Klang

 
Search
_TOPICS
  Login/Create an Account    

Menu
 UTAMA
 MUKA UTAMA
 INTRO PPD

 PERIHAL PPD
 PORTAL STAF
· PENGENALAN
 SEJARAH
 DASAR
 HUBUNGI KAMI
 LOGO
 SUB UNIT
 KRS Klang
 SEKOLAH
 TUTOR.COM
 BANK SOALAN
 ETEMS
 DIDIK BHARIAN
 PAUTAN
 Agensi Kerajaan
 JPN Negeri
 Bank & Media
 MUAT TURUN
 Borang Pelbagai
 Emis & Data
 Program & Utiliti
 Pembangunan
 ALBUM

Berita Terkini
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GPK HEM DAERAH KLANG
LOG IN SEKOLAH UNTUK SISTEM PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU(1) DAN TINGKATAN SATU SESI 2011/2012

JIKA ADA SEBARANG PERSOALAN APA SAHAJA BERKAITAN PENDIDIKAN SILA HUBUNGI KPM DI TALIAN
03-77237720

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH
SILA MUAT TURUN
1. Borang PKPC ( Untuk bakal pesara)
2. Borang & Perlembagaan PIBG

( Klik di atas )

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN, PELBAGAI TAWARAN ADA DI LAMAN WEB KPM.
Sila layari untuk info terkini
di moe.gov.my


EMIS DAN e~GTukar


EMIS ONLINE

SILA KEMASKINI KEDUDUKAN GURU DAN BILANGAN MURID SEPERTI YANG TERKINI ADA DI SEKOLAH. KEMASUKAN DAN PERTUKARAN GURU & PELAJAR ADALAH BERDASARKAN BILANGAN YANG ADA DALAM EMIS.
 


MOHON KERJASAMA PK1 SM & SR UNTUK MEMBUAT PENGEMASKINIAN DATA MAKLUMAT GURU DAN KEPADA PENGETUA & GURU BESAR MOHON MEMBUAT PERAKUAN DATA YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH GPK1.

Survey
SAYA MENJADIKAN WEB INI SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT TERKINI

SETUJU
KURANG BAHAN
TIADA MAKLUMAT
TIDAK DIUPDATE
PERLU LEBIH INFORMASI



Results
Polls

Votes 776

Pelawat
Bilangan Pelawat Sehingga Kini



EDUWEBTV


Simpan: KEY IN PENEMPATAN RAYUAN TING. SATU/2010
Info PPD Klang Salam 1 Malaysia. Makluman kepada semua PK HEM Sekolah Rendah Daerah Klang. Dengan segala hormatnya diminta tuan/puan masuk ke Daftar Tingkatan 1. Maklumat selanjutnya akan diberikan di laman tersebut. Sila masuk di sini.

Gunakan username dan password yang telah diberikan sebelum ini. Sila masuk dengan kadar segera kerana keputusan penempatan akan dimaklumkan pada 16 Dis. 2009. Segala kemusykilan sila berhubung terus dengan En. Hamidi Shariff, di PPD Klang.

Sekian, terima kasih.
Unit ICT dan Data,
PPD Klang.


Posted by ppdklg on Wednesday, December 09 @ 10:32:00 MYT (503 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: Kemaskini Emis Kutipan November 2009
Info PPD Klang Kepada : Guru Data Emis Sekolah

1. Adalah dimaklumkan Kursus Emis yang dijangka diadakan pada 14-16 Nov 2009 dibatalkan kerana permohonan pakej tidak diluluskan.
2. Kemaskini Data Emis boleh dibuat mulai 20 Nov. 2009 .
3. Cetakan yang diperlukan ialah Cetakan Pengesahan Sekolah dan Cetakan Senarai Guru dan Staf di sekolah seperti Nov 2009.

Kepada : Pentadbir Sekolah Daerah Klang
1. Taklimat pengisian Markah Prestasi bagi Tahun 2009 akan dibuat pada awal Disember setelah sistem online pengisian markah siap dibina oleh JPN Selangor. Oleh itu pihak sekolah diminta bersedia dengan senarai Guru dan Staf serta markah untuk memudahkan pengisian tersebut.

Sekian, terima kasih

UNIT ICT DAN DATA
** SELAMAT BERCUTI **

Posted by ppdklg on Monday, November 23 @ 16:32:16 MYT (176 reads)
(Read More... | Score: 2)

Simpan: PENEMPATAN DAN RAYUAN TINGKATAN 1 SESI 2009
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepads semua. Makluman kepada sekolah rendah. Perhatian kepada  PK HEM sekolah rendah.
Tuan / puan minta untuk menanggguhkan sementara proses memasukkan data ke dalam sistem Penempatan dan Rayuan Online ketika ini. Ini kerana proses penambahbaikan sedang dilaksanakan dan aktiviti key in data adalah perlahan.

Satu taklimat khas berkaitan perkara ini akan diberikan dalam tempoh terdekat. Borang-borang rayuan ke Tingkatan 1 hendaklah dikumpulkan dan dikemukakan kepada PPD mengikut tempoh yang ditetapkan. Sila simpan satu salinan untuk tujuan key in data apabila diminta oleh PPD Klang.

Untuk makluman, proses rayuan dan semakan penempatan hanya boleh dibuat di sekolah sahaja. Sila maklumkan kepada ibu bapa tentang perkara ini.

Jika ada permasalahan berkaitan dengan penempatan sebelum ini (Manual), sila berhubung terus dengan En. Hamidi Shariff ditalian 03-33487100.

Sekian, terima kasih,
Unit Pengurusan Sekolah,
PPD Klang.

Posted by ppdklg on Monday, November 16 @ 20:56:59 MYT (868 reads)
(Read More... | Score: 1.6)

Simpan: MESYUARAT PENGUMPULAN DATA SBT PENGGAL II 2009
Info PPD Klang Salam sejahtera semua. Makluman kepada sekolah khususnya guru penyelaras Skim Baucer Tuisyen (SBT). Tuan puan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti tarikh dan masa yang tercatat disurat panggilan mesyuarat pada iaitu pada 8.30 pagi, Khamis , 19 Nov 2009.

UPSR  akan diumumkan pada pagi pukul 10.00 hari Khamis tersebut. Tuan / puan diminta datang mengikut masa yang ditetapkan dan keputusan UPSR murid yang mengikuti SBT akan diberikan pada pagi tersebut juga. Tuan / puan hendaklah melengkapkan kesemua data dan butiran lain sebelum hadir ke mesyuarat tersebut dan memasukkan keputusan UPSR sahaja pada pagi tersebut.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada Pn. Hjh. Anismah ditalian 03-33487100.

Sekian, terima kasih.
Unit Akademik,
PPD Klang.

Posted by ppdklg on Monday, November 16 @ 20:42:27 MYT (141 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: Kemaskini Emis dan Ralat Terkini Emis Online
Info PPD Klang Kepada : Guru Data Emis Daerah Klang
Diminta semua Guru Data Emis membuka email yang diberi dan membuat semakan Ralat Selangor yang terkini. Kemaskini data Emis perlu dibuat sebelum 9 November 2009. Pengemaskinian Data Emis Online akan ditutup dari 9 Nov 2009 - 15 Nov 2009.
Data boleh dikemaskini semula bermula 16 - 30 November 2009.

Sekian.

PICT dan Data

Posted by ppdklg on Thursday, November 05 @ 21:14:31 MYT (174 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: PENGISIAN BORANG TOUCH POINT dbBlat ! SEGERA
Info PPD Klang
Salam sejahtera semua kepada Pengetua dan Guru Besar, Daerah Klang. Tuan puan diminta mengisi borang Touch Point dBblat yang boleh dimuat turun dari laman web ini dengan kadar segera. Sila lihat contoh sebelum mengisi borang tersebut. Muat turun borang Touch Point dbBlat.

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah diemailkan kepada hamidi@ppdklg.gov.my sebelum 8.30 pagi esok. (4/11/2009). Berdasarkan maklum balas yang diterima, pihak sekolah boleh mengisi borang Touch Point dbBlat ini esok dan emailkan pada Hamidi Shariff dengan kadar segera. Jika boleh sebelum pukul 8.30 pagi.

4/11/2009.
Kepada sekolah yang telah menghantar email diucapkan ribuan terima kasih.  Mohon kerjsama tuan puan agar memastikan format fail excel tersebut adalah format Excel 2003, bukannya Excel 2007. (Nanti tak boleh buka). Tempoh penghantaran juga dilanjutkan sehingga ke petang. (5.00 PM) Ini adalah untuk memberi ruang kepada tuan puan memberikan data yang tepat dan betul. Jika pihak sekolah ingin mengubah data yang telah dihantar, boleh menghantar email semula kepada Hamidi Shariff. Sila maklumkan @ buat catatan pada email jika data tersebut adalah yang baru.

6/11/2009
Makluman kepada sekolah yang masih belum menghantar borang Touch Point, Hampir sebahagian besar SEKOLAH MENENGAH Belum menghantar touch point dbBlat. Silalah email dengan kadar segera jika sekolah tuan belum menghantar email.

Tuan puan juga boleh menghantar email ke mail@ppdklg.gov.my jika email ke hamidi@ppdklg.gov.my tidak berjaya.

Kerjasama tuan puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Unit ICT dan data,
PPD Klang.


Posted by ppdklg on Tuesday, November 03 @ 15:04:57 MYT (148 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1, SESI 2010
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepada semua warga pendidikan Daerah Klang dan pengunjung laman web PPD Klang. Sukacita dimaklumkan bahawa semakan penempatan rayuan murid tahun 1 sesi 2010 sudah boleh disemak bermula hari ini (15 Oktober 2009) secara online. Semakan Penempatan.

Keputusan rayuan adalah secara berperingkat-peringkat kerana borang rayuan yang diterima, dihantar secara berkala dan pihak kami masih lagi menerima borang rayuan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, tuan puan disarankan agar sentiasa menyemak keputusan dari masa kesemasa.

Untuk makluman keputusan rayuan adalah muktamad. Tiada rayuan kedua boleh dibuat. Sebarang persoalan atau kemusykilan boleh diajukan kepada pihak sekolah sahaja.

Sekian, terima kasih,
Unit pengurusan Sekolah,
PPD Klang.


Posted by ppdklg on Thursday, October 15 @ 10:39:47 MYT (889 reads)
(Read More... | Score: 4)

Simpan: DbBLAT
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepada semua Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Klang. Program baru dbBlat telah diemailkan ke email rasmi sekolah. Tuan puan juga boleh memuat turun program tersebut dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi program yang diberikan sebelum ini masih boleh digunakan. Jika tuan puan ada permasalahan berkaitan dbBlat, sila gunakan MS Office 2003.

Jika ada masalah untuk perkiraan jumlah keseluruhan. Sila abaikan dan biarkan sahaja. Masalah tersebut adalah masalah program dan akan dibetulkan diperingkat KPM.

Pihak sekolah diminta menghantar disket (Fail dalam format text fail) dan cetakan rumusan. Sila hantar ke PPD klang dengan kadar segera. Jika ada persoalan sila kemukakan kepada Hamidi bin Shariff di talian 03-33487100.

Unit Pengurusan Sekolah
PPd Klang.

Posted by ppdklg on Wednesday, October 07 @ 17:11:35 MYT (135 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: PERTUKARAN GURU SESI JAN 2010
Info PPD Klang
Salam 1 Malaysia, kepada semua warga pendidik Daerah Klang yang ingin membuat permohonan pertukaran untuk Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dinasihatkan menghantar borang permohonan ke PPD Klang sebelum tarikh tutup permohonan.

Tuan puan yang telah memohon diminta untuk menyemak kepada pentadbir sekolah samada borang telah dihantar ke PPD Klang atau belum. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses dan tiada rayuan untuk permohonan yang lewat diterima oleh PPD.

Pihak sekolah juga diingatkan agar menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup permohonan ke PPD Klang. Masalah ini sering berlaku hampir setiap kali proses pertukaran dibuka. Kelewatan sekolah menghantar borang ke PPD Klang juga diambil kira sebagai lewat.

Sekian, harap maklum dan perlu diberi perhatian.

Unit Pengurusan Sekolah,
PPD Klang.

Posted by ppdklg on Thursday, September 10 @ 11:18:02 MYT (951 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: DATA OPMEN 31 JULAI 2009
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepada semua guru Data Sekolah Menengah Harian Daerah Klang. Tuan puan diminta untuk mengemaskini data OPMEN seperti 31 Julai 2009. Perkara yang perlu dititik beratkan ialah kedudukan dan bil guru, bilangan enrolmen kelas dan subjek.

Data yang sudah lengkap hendaklah dihantar melalui email ke hamidi@ppdklg.gov.my. Kerjasama tuan puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Unit ICT & Data,
PPD Klang.


Posted by ppdklg on Tuesday, August 04 @ 10:54:04 MYT (108 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: Taklimat Pengisian Emis Online Jun 2009
Info PPD Klang Kepada: Guru Data Emis Sekolah Daerah Klang

Taklimat Pengisian Data Emis Online akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
17-18 Jun 2009 Kum 5, 18-19 Jun 2009 Kum 6,  24-25 Jun 2009 Kum 7 , 30Jun-1 Jul 009 Kum 10 Bertempat di Hotel Putra KL, manakala pada 25-26 Jun 2009 kum 19 di Hotel Gold Cost , Klang. jadual dan surat telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah dan email sekolah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit ICT dan Data, PPD Klang.

ICT dan Data
PPD Klang


Posted by ppdklg on Friday, June 12 @ 16:51:51 MYT (280 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2010
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepada semua Guru HEM, Mohon jasa baik untuk memasukkan butiran pendaftaran murid tahun 1 untuk sesi 2010 secara online. Sila layari Sistem Penempatan Murid secara online melalui pautan disebelah. Pendaftaran boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Terima kasih diucapkan kepada semua sekolah yang telah mendaftarkan murid tahun 1. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Unit ICT dan Data,
PPD Klang


Posted by ppdklg on Thursday, May 28 @ 13:29:52 MYT (452 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KLANG
Info PPD Klang
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Klang akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Tarikh : 21 Mei 2009
Hari    : Khamis
Masa  : 8.00 pagi
Lokasi : Dewan Putera, SMK Tinggi Klang.

Majlis akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dr. Hj. Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Pengetua dan Guru Besar dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut.


Sekian, terima kasih
b/p PPD Klang


Posted by ppdklg on Wednesday, May 20 @ 18:15:13 MYT (150 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN 30 APRIL 2009
Info PPD Klang
Salam sejahtera kepada semua guru data sekolah menengah Daerah Klang. Sehubungan dengan itu, tuan puan diminta untuk membuat persediaan bagi mengemaskini data OPMEN seperti pada 30 April 2009. Data terkini OPMEN akan diberikan semasa mesyuarat penyelarasan akan datang. Sila pastikan kedudukan guru di sekolah, bilangan kelas dan murid di sekolah masing-masing.

Mesyuarat penyelarasan data OPMEN akan diadakan pada 12 & 13 Mei 2009. (Bilik Mesyuarat 1, PPD Klang) 2.30 petang. Jadual Kehadiran telah dihantar melalui email ke sekolah. Sebarang persoalan sila kemukakan ke Unit ICT dan Data Klang.
Sekian, terima kasih.

Unit ICT dan Data.
PPD Klang.


Posted by ppdklg on Wednesday, May 06 @ 07:54:51 MYT (167 reads)
(Read More... | Score: 0)

Simpan: TAKLIMAT E-GTUKAR UNTUK PENGETUA
Makluman kepada semua Pengetua Daerah Klang. taklimat e-GTukar untuk pengetua akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Tarikh : 10 April 2009
Masa   : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PPD Klang.
Sebarang persoalan sila hubungi En. Saidon bin Saad, di PPD Klang.

Sekian, terima kasih.
PPD Klang.

Posted by ppdklg on Thursday, April 09 @ 17:21:25 MYT (215 reads)
(Read More... | Score: 0)

PEGAWAI PPD


PN. HJH. NORAINI MD TAHIR
Pegawai PPD Klang

TIADA KOMENTAR SETAKAT INI

MESYUARAT @ TAKLIMAT
MINGGU INI
9 Ogos  ~ 13 Ogos 2010

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN PPD KLANG 2010

TARIKH : 8 OGOS ~ 10 OGOS 2010
TEMPAT : Concorde Inn KLIA, Sepang

ANJURAN : UNIT KUALITI PPD KLANG


PEPERIKSAAN

TAKWIM PEPERIKSAAN 2011

Maklumat terperinci berkaiatan peperiksaan, sila layari http://www.moe.gov.my/lpm


GALERI GAMBAR
Sila rujuk ke Photo Album untuk gambar dan aktiviti bergambar.



IKLANIKA
RENEW ROADTAX?
Kini secara Online ..
www.myeg.com.my

ADA YANG MENCARI NOTEBOOK / LAPTOP ?
Informasi dan promosi laptops
Klik di sini >>











INGIN MEMBINA LAMAN WEB UNTUK SEKOLAH ?

Sila hubungi talian 012-6250216 atau email ke
mazlan_pk1@yahoo.com
(Cikgu Mazlan Sidek )

CATATAN :
INGIN MEMAKLUMKAN SESUATU KEPADA GURU-GURU ? IKLANKAN DI SINI. LEBIH 10,000 PENGUNJUNG SEBULAN.
Kepada guru-guru yang ingin mengiklan sesuatu untuk guru-guru lain. Boleh menghantar email kepada iklan@ppdklg.gov.my. Iklan yang bersesuaian dengan keperluan guru-guru dan murid sahaja akan disiarkan



PELUANG KERJAYA
Borang GSTT boleh didapati dari laman web ini. Sila ke Muat turun.


Tiada tawaran kekosongan ketika ini, harap maaf.



Penafian:-
Pihak pentadbiran webmaster PPD Klang adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh PPD Klang.


Copyright © 2006 Pejabat Pelajaran Daerah Klang. All rights reserved.


PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.40 Seconds