PERTUKARAN GURU SESI JAN 2010
Date: Thursday, September 10 @ 11:18:02 MYT
Topic: Info PPD Klang


Salam 1 Malaysia, kepada semua warga pendidik Daerah Klang yang ingin membuat permohonan pertukaran untuk Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dinasihatkan menghantar borang permohonan ke PPD Klang sebelum tarikh tutup permohonan.

Tuan puan yang telah memohon diminta untuk menyemak kepada pentadbir sekolah samada borang telah dihantar ke PPD Klang atau belum. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses dan tiada rayuan untuk permohonan yang lewat diterima oleh PPD.

Pihak sekolah juga diingatkan agar menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup permohonan ke PPD Klang. Masalah ini sering berlaku hampir setiap kali proses pertukaran dibuka. Kelewatan sekolah menghantar borang ke PPD Klang juga diambil kira sebagai lewat.

Sekian, harap maklum dan perlu diberi perhatian.

Unit Pengurusan Sekolah,
PPD Klang.








This article comes from Pejabat Pelajaran Daerah Klang
http://ppdklg.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://ppdklg.gov.my/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=74